alops geng, tempat ziarah aku kali ni mungkin xmeriah macam pavilion, crouded cam BB, best cam the curve,dan tempat2 lepak bg org2 up to date seperti anda... just kandang kambing,
di ulangi KANDANG KAMBING... credit utk faez yg suka bawak aku outing ke tempat2 yg org xberapa nak pergi....
udin : makan banyak2 ye kambing, biar gemuk dan sehat.
raya haji nanti biar aku plak yang makan ko..
enjoy ur meal.
ahh buat muka manja depan aku...nah, satu pelempang!!
cara betul utk mengajar kambing berjalan
KHASIAT SUSU KAMBING
Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
udin: bau kambing sesuai sebagai aromaterapi
Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
udin: ohh patutlah anak2 kambing membesar dengan sihat dan bijak2 belaka...
Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
udin: info yang aku xbleh nak cuba dan buktikan
Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
udin: biasanya bila dah sakit baru terhegeh nak cari ubat...cegah sebelum parah, minum susu kambing sekarang sebelum anda sakit
Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
udin: lihat sahaja kulit anak kambing tu
sekadar berkongsi info, terpulanglah pada nada yg nak amalkan...
sekian, laporan dari ladang kambing
semenyih
nape main ngn anak kambing je.. bapak kambing x brani ke? heheh
ReplyDeleteaku xsanggup nak tanggung risiko.... anak kambing mudah dibuli..lallala
ReplyDeleteowh..sungguh x besalah anak kambin itu...
ReplyDeleteanak kambing kiut2
ReplyDelete