Saturday, December 4, 2010

Dilema Lelaki dan ke BuncitaN



sila baca sampai habis >>

hmm.. baca title dah rasa sensitip sket, tengok kiri, tengok kanan tengok perut sendiri... buncit tak?

hasil kajian mengapa lelaki buncit:

hati gembira @ senang hati
terserlah kematangan
poket tebal dengan duit

DAN bila tengok je lelaki buncit pasti korang akan terfikir, mamat ni kuat makan..pastu suka tido.kan2? diulangi KORANG (anda,kamu dan bukan aku)
kalau dia tahu apa yg korang fikirkan sure akan makan pelempang free..hehe


SALAH!..sebenarnya banyak lagi asbab mereka ni buncit tak memasal, dan ianya jarang masyarakat ambik peduli. Kat sini izinkan aku ungkap sedikt sabanyak fanomena tak sehat ni boleh berlaku;

1. Kerusi kat Meja Study Sudah Patah
-Maka semua assignment, main dota, update blog mahupun mengadap fesbuk di depan laptop akan dibuat di atas katil , dalam keadaan meniarap. Iyaa.. meniarap memang bukan posisi yang selesa, tapi orang kalau dah alah bisa tegal biasanya lah.Tambah teruk bila aktiviti menguyah, bergosip, layan drama korea, even tido pon dalam keadaan meniarap.So, bayangkanlah berapa banyak nasi yang terkantung2 kat dalam perut masa derang meniarap. Tu baru nasik.



2. Rumah Tiada Cermin Besar Bersaiz Pintu
-Seriosly, bagi lelaki maskulin, keperluan memiliki cermin sebesar pintu sangat kritikal.Ini kerana, mereka perlu kelihatan tampan dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki.Mungkin bagi lelaki yang tak berapa maskulin menganggap cukuplah cermin muka sahaja.Sebenarnya tak perlu pon sampai besar pintu, cukup sekadar boleh nampak pusat dan ke atas.Letak di tepi bilik air atau dalam bilir air terus lgi baik.Masa inilah masa peribadi untuk explore tubuh anda sebaik mungkin, kejap2 tahan nafasla,angkt2 lenganla, kepak-mengepak bahu la--> secara tak langsung anda menyukai tubuh badan anda,memberi motivasi untuk langkah2 seterusnya untuk mengelakkan buncit. Motivasi kecil, tapi impak sangat besar,serius.



3.Suka Tahan Berak
- Asal gelak? ingat aku memain ke. Menurut pakar, kita disyorkan supaya berak sekurang-kurangnya sekali sehari. Sekali setiap kali sebelum sarapan.Setiap hari kita makan, dan setiap hari kita perlu buang.Bagi mereka yang buncit pada usia muda ni , take note. 90% penyakit kronik berasal dari perut. Jadi,rajin-rajinlah berak setiap hari, ok.



4.Spouse Yang Bila Ditanyakan Tentang Kebuncitan Pasangan, Dengan Ceria Mereka Menjawab:
-" Tak kesah laa, buncit cute what.~."
Ini satu kecelakaan yang teramat dahsyat.
Mungkin ada benarnya , petua menambat hati suami adalah menambat seleranya.
Tapi itu kalau dah kahwin, cerita lain. So, bagi gurls-gurls yang sudah empunya, lebih-lebih lagi yang da jadi tunangan orang, pastikan anda mengawal makanan pasangan anda.Rasanya sumer lelaki care pasal makanan, tapi bila ada anda yang push , dia akan rasa dihargai dan disayangi.Lagipun time-time belum kahwen ni la kene control makan, dah kahwen sok anda sebagai isteri ,masak balik apa yng pasangan teringin nk makan masa zaman bujang dulu.Ingat, masak sedap2, biar si suami itu rasa itulah masakan yang paling sedap dalam dunia , walhal baru 1st time makan.hehehe..tips rumah tangga bahagia ni, entah betul entah idak.



5.Membiasakan Diri Dengan Lift
- Ceh, mentang-mentangla aparmnt ade lift. Rumah takat tingkat tiga pun ngengade nak pakai lift gak.Sanggup tunggu tu, padahal dah lambat nk gi kelas ni, biawak hidup!!
Ok, yang ni aku, ...nak wat camne , maintenance lift bulan-bulan berbayar kot, rasa membazir lak kang kalo tak guna.
Natijahnya manusia yang suda biasa dengan senang, akan selamanya mahu benda senang, walaupun memudaratkan.
Samalah kesnya orang-orang kat sini, bila naik escalator sanggup beratur, padahal tangga sebalah tu sebesar-besar alam , dipandang sepi jerk.Rasanye kalo kena buat macam kat video bawah baru derang guna tangga kot.

TEKAN BUTANG PLAY:-




Coolkan?Kalau akula, dah naik sampai atas ,turun balik, loncat-loncat, sampai boleh compose satu lagu, baru puas.
Btw,ini adalah inisiatif Volkswagen, memberikan input yang fun, supaya orang lebih rasa selesa, benda yang dirasakan payah nak buat sebelum ni.Banyak lagi idea aneh derng ni, so, kalo rajin bolehla cek-cek kat sini:The Fun Theory.

Kesimpulannya, kebuncitan itu bukan satu dosa, sebab, memang kajian menunjukkan normal bagi lelaki yang dah berkahwin ni, perut..eh bukan takat perut, leher , lengan,peha...sumer skalila senang...akan naik mendadak.Cumanya, sementara kita yang masih bujang ,sihat dan bertenaga, why not kan, kalau susah nak jaga makan ,sekurang-kurangnya jangan sampai buncit, kan

1 comment: