Monday, January 31, 2011

INGAT PARA PEMBACA



''ingat para pembaca..
menjadi kembara adalah bukan semudah dilihat... Tak semudah kita melepaskan batuk di tangga...bukan semudah itu.. Mengembara di muka dunia ini ibarat melihat tanpa berkelip...lama kelamaan akan pedih berair.. Namun kerna utk melangkah kau harus jua maju kedepan..''

''
ingat para pembaca..
Mimpi itu mainan lenamu...mainan perosakmu..ramai benar terleka kernanya.. Jgn diturut keindahannya..itu cuma drama tidurmu saja..''

''
ingat para pembaca..
Kurnian adalah pemberian, bererti juga anugerah... Kita diberi berjuta kelebihan..ada yg tersurat ada juga tersirat.. Jika para pembaca mencari, kan anda temui rahsia diri...yg mampu membawa diri anda menjadi apa yg diingini..''

''
harus diingat para pembaca..
Sungai yg mengalir itu...membawa bermacam cerita, entah dari mana isinya... Kita tak pernah tertanya akannya...yg kita tahu..hanya airnya...Begitu juga hidup ini para pembaca... Jgn kita hanya tahu indahnya.. Jgn cuma tahu melangkah saja.. Byk perkara lain yg utama ingin kita kaji.. Mengapa kita disini?? Di bumi ini?? Selain menjadi khalifah...kita harus menjadi makhluk yg punya rasa cinta sesama kita... Tak kira JANTINA... sayang pembaca semua---

credit utk jep jep

Saturday, January 29, 2011

wadafak..pagi2 kena nganjeng dengan awek bajet cun!!!

5.21 pagi..bangun , siap2 tunggu azan subuh, solat...
(permulaan hari ahad dlm keadaan suci)

06.15: kemas umah.... (supaya umah chanteq berseri,tersusun rapi)

07.15: mkn cokolat cadbery black forest sambil tengok tv.. (saya suka cadbery black forest)

07.30 : joging sorang2... (amalkan budaya hidup sihat)
di sini kisah bermula...

selesai jogink haku beli sarapan pagi (lapar beb, baru lepas exersize)

awek: hi bang, baru lepas jogink ke? (apa punya soalan la)

udin: eh xlah, udin baru lepas mengutip getah.( kalau dah berpeluh2 ,pakaian sukan cenggini mestilah berjogink..)tersenyum..

awek tu trus buat muka ketat...

awek: banyak beli nasi lemak bang...(saja je dia nak kacau aku)

udin: owh, kat umah saya xmasak, senang beli jee... (jawapan jujur)

awek: haa eloklah laa bang, baik xpayah jogink, dah elok2 td exersize buang lemak..lpas tu mkn nasi lemak ,kuih manis2 tu....(mata jeling rokok dunhill 20 kat tangan aku)

udin: erk , makcik kira... take the change...

aku terdiam, betul gak kata dia...kalau kiter exersize penat2 tapi pemakan xjaga..baik dok umah rehat...

Wednesday, January 26, 2011

makhluk PEMALAS nak MAMPOS!!!




Al kisah dalam sebuah negeri, seorang RAJA sedang

membuat pencarian rakyat yg paling pemalas.....

RAJA: wahaii rakyat jelata sekalian.. harini beta nak buat announsment..barang siapa dapat buktikan dia adalah rakyat yg paling pemalas, beta nak bagi hadiah, berupa sebiji kreta BMW x6, kepunyaan menantu beta..bergembiralah kamo....

RAKYAT: teruja mendengar pengumuman raja tersebut....sambil melompat bertepuk tangan....
memang sempoi dapat raja cenggitu..

maka ramailahh yg datang audition tunjuk bukti bahawa mereka adlah org yg pemalas...
antaranya:

en adib: ampun tuanku, patik seorang pemalas tuanku... kalau nak makan , patik suruh org lain tolong masakkan...

Raja: owh ..pemalasnya kamu...

en syapiq: ahh ampun tuanku , patik lagi pemalas, kalau nak makan, patik suruh orang lain tolong suapkan..hehheehe .(buat muka bangga)

Raja: fuyooo... kamo memang pemalas la en syapiq.

en jo: patik tuanku..patik tuanku.... patik punya pemalas nak makan pun mintak org lain tolong kunyahkan....hahhahha

RAJA: walaweyhh.... malasnyer kamo.... (raja ternganga mendengar statemnt en jo)

en Ikhwan: Tuanku, patik sangatlah PEMALAS..(diam)

Raja: hahh kenapa diam?..apa yg kamo telah buat? ..

en Ikwan: ahhh sampai nak cakap pun Patik MALAS....malasla nk bagitau tuanku...

RAJA DAN RAKYAT : (terdiam dan melopong)

RAJA: Yes , beta dah jumpa dah.... kamo ni mmg rakyat beta yg paling PEMALAS>.. buang beras je jaga kamu.. nak, ambiklaa hadiah BMW x6 menantu beta ni...pegi berambus, jangn jadi rakyat beta lagi..minyak isi sendiri....PEMALASSSS..!

----TAMAT----

* aku pun dah malas nak buat cerita..


Friday, January 14, 2011

mental disable....

2005

kau salah menilaiku,
kalau kau bilang aku sampah
kalau kau bilang aku noda
kalau kau bilang aku bau
kalau kau bilang aku hina

kau juga salah menilaiku,
kalau kau bilang aku sempurna
kalau kau bilang aku maha
kalau kau bilang aku indah
kalau kau bilang aku mulia

kau tidak mengenalku...
begitu juga dirimu.


*Kau 'cantik' dan 'berakhlak mulia' tapi kau lupa bagaimana untuk 'berbahasa' dan itu menjatuhkan diri ke jalan paling hina! Dan aku yang kau kata 'hodoh' dan 'berakhlak buruk' hingga tiada yang berani 'memeluk' ini jugalah yang kau 'datang menghulur telunjuk'. Kau akan belajar.AKU AKAN BELAJAR Itu pasti.

IM NOT WEAK



Wednesday, January 12, 2011

status komen binatang2 dalam fb

KLIK GAMBAR UTK TUMBESARAN

andaikata binatang pun ada FB, inilah antara komen2 mereka:


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di
sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri
lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all…
jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x
senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat
kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua,
tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu..
lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Tuesday, January 11, 2011

Sex itu apa Mummy?



Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga,
diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan
bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan..

Jawapan mummy tu panjang, ruangan nak tulis pendek saja ni...
sambil menunjukkan "muka depan" buku latihan yang baru dibelikan oleh ibunya...


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ..


hehheheheeeee..



Monday, January 10, 2011

warna-warna kehidupan--





tariklah aku!!!

aku kalah disini, biarlah..
aku tewas disini, biarlah..
aku tak pantas menghargai, biarlah..
aku tersadai disini, biarlah..

aku mahu sendiri, biarlah..
aku terus meratapi, biarlah..
aku terus meracun hati, biarlah..
aku terus geledah ruang sepi, biarlah..
cuma hati tidak lagi mampu memberi
apa yg pernah kau miliki..

aku mahu lalui, benarkanlah..
aku lara sendiri,biarlah..
kerana aku tahu...
hidupku, matiku..
aku masih punya seribu tanggungjawab tak terbagi..
masih banyak tangga perlu aku daki..
jasadku tidak mati..

selagi belum di panggil ilahi..



-warna-warna kehidupan-
tiada seri-bosan-teettt

Hantu Adib membebel di tepi Tasek...


lokasi: taman tasik taiping
masa: 0650 minit petang

Lepak berdua sambil mengisap rokok dunhill 20 kegemaran adib...
tengah rancak bersembang dan mengumpat sambil usha amoi berjoging,sangat seksi sehingga terkeluar air liur adib..
tetiba adib angkat tangan dan tengok jam...

(aku tau dah, ini trick nak ajak balik ni,potong setim betul)

Adib: uted, aku kena balik skang laa. dah nak magrib neh..kang xpasal kena bising ngn mak aku,xsolat kat surau (uted nama samaran ak dikalangn rakan rapat)

aku hairan, dia ni nak balik sebab betul ikhlas nak solat kat surau atau takut kena bebel dengn mak dia? ...haishhh xbleh jadi neh...aku nak test racun dia..

Udin: oo nak balik dah , aku baru cdang nak belanja hang makan Yong Tau Fu kat
sebelah balai bomba...selamatt duit aku.

Adib: eh ye ker, kalau camtu aku lepak ngn hang je laa... lagipun kita dah lama xjumpa kan...

hahhh aku dah agak daa... xsangka iman hang senipis daun kangkung....baru pancing cket...

Udin: bagi aku habiskan 2batang rokok dulu, baru grak pi makan...( sambung balik tengok amoi dan ah soo jogink)

___________________________________________________________________

hari dah semakin gelap.. nyamuk pun banyak....
duduk berdua dalam gelap ni macam2 aku fikir..
aku tengok adib..adib tengok aku...
aku senyum kat adib dia balas balik senyuman kat aku...
ehhh lain macam plak entry aku kali ni..hahhaa

udin : adib, hang pernah tengok hantu ?

adib: ko sembang apa ni udin? kalau aku cakap ko bukan nak percaya, aku dah selalu
nampak hantu..mula -mula takut jugak tapi skang dah biasa..tiap kali dia kacau hidup
aku,
aku sabar je udin..

Udin : uish..ko biar betul adib..(aku buat muka excited nak tau cerita) hang jumpa kat mana?

Adib: Ni haa.. Hantu ada sebelah aku, hang ni kira spesis2 hantu jugak lahh
(sambil pegang bahu aku dan gelak2)

Kurang Hajau engkau adib...vavi..vavii...vaviii....(mood : cari idea nak menganjing adib balik)
LAWAN TETAP LAWAN
_________________________________________________________________

udin: adib, kenapa aku tengok hantu2 kat tv tu muka dia hodoh2 yer?

adib: o hantu mestilah HOdoH,kalau semua cantik2 macam Fasha Sandha, xdekla org takut... tiap2 hari org cari hantu siap ajak beroM*n lagi..hehe

udin: kalau camtu hang ni pun Hantu jugak lah yerr..sama je hudoh nyerr..hahaha

Adib: terlebeh hajau engkau udin.....

HAHHAHHAHAAAAA

seronok menganjeng kawan2...
(nanti aku cerita pasai adib dan rakan2 ak yg funny)