Sunday, September 26, 2010

KJ is a GirL !!!

update terbaru berkenaan kj. (kala jengking)
ku hingat dia adalah jantan perkasa,
di sebalik wajah macho nya, baru tahu Kj adalah adalah betina...

dan lebih dasat lagi, jeng jeng jeng....



kj bersama anak2 beliau....
kj become a mama....what????


sriusly aku sangat terkejut.. sebenarnya geli pun ada.... punya lah banyak anak dia, mungkin lebih dari 10 ekor..ak xbrani nk kira, sebab xbrani nak pegang...

aku bagi nama kj sebab dia adalah kala jengking...dan aku ingatkan dia jantan... sama nama cam sorang "KJ ahli politik tu" tralallaaa (xde kena mengena)

kj sangat sensitif sekarang, aku dah xde hak eksklusif nak tangkap ekor dia, main baling2 macam sebelum ni...


aku usik kj dengan sudu, dia marah..to protect her's baby


pose istimewa kj dan anak2 utk sukabacabelog.blogspot.com


saja , nak kacau dia

ntah time biler laa dia buat operasi membuat anak ni...aku jumpa dia awal bulan
puasa baru2 ni...
xtahu plak time tu dia tengah mengandung... nasib baik aku xbunuh dia...

aku dah xreti camna nak pelihara haiwan ni dah..mungkin nak lepaskan kot, kasi dia bebas.
jalani hidup bahgia dengan keluarga.. tapi nak lepaskan katna?
kat halaman rumah orang boleh x?
hahaha








Tuesday, September 21, 2010

Bila Lelaki Dan Wanita Itu Berbeza,


Pernahkah anda baca buku 'Men are from Mars & Women are from Venus' ? Paling utama dalam buku tu menceritakan tentang meraikan perbezaan antara lelaki dan wanita. katanya:

Banyak, dari segi fizikal mental, ada saje perbezaan, tapi hikmah disebaliknya memang besar, saling melengkapi antara satu sama lain. Antara yang best isi kandungannya.










"Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki
menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki
dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan
oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkanya
menjadi tenaga.


Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan yang lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga daripada segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.



Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.


Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, sura-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek,ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon,(macam2 ada)

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana... ..

Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. (hee hee )

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.
Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli-belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain di pegang, di perhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama. kes begini sering terjadi pada aku, yang selalu kena teman emak,kakak dan adik perempuan aku keluar shoping...sama sahaja.. terpaksa tunggu lama berjam2..haishhh



Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.


Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Monday, September 13, 2010

Kenapa Kamu Suka Fb Kamu??


Fenomena FB sudah melanda.. ibarat medium wajib bagi setiap individu .
even nenek sebelah rumah aku pun dah ad akaun FB.
(kalau arwah nenek aku masih hidup, aku akan pastikan beliau juga ad FB )
Pak guard dekat umah aku pulak baru je beli netbook..sumanya sebab FB..
FB sana sini....haishhhh

FB Ibarat dadah = boleh ketagih



berkebun dengan farmvile (ntah hapa2)



sila KLIK gambar atas untuk tumbesaran


kalau nak dilayankan sangat Fb ni apa kerja pun xsiap..dan di sebabkan fb jugaklahh aku bergaduh dengan awek aku..(oppss ex awek aku). hmmm
aku bergaduh ngn kawan aku.....
aku buang banyak masa dengan benda2 tidak penting dlm fb...haishh...

tapi sebab FB jugaklah, aku rapat ngn kawan2 yg susah nak jumpa setahun sekali.
kenal kawan baru..
contact kawan lama
jumpa kawan yang baik..
jumpa kawan tak baik...
di puji..
di keji...
memaki...
di maki...
sebab itulah perangai kawan2 aku...
aku sayong kamo semuaaa
lallaalallaalalaaaaaaa






sambil2 tu jom layan kartun feveret aku, topic pasal facebook....






* myspace dah xbest...itu je aku nak bagitau

Tuesday, September 7, 2010

Jalan2 cari kambing...

SAMBUNGAN EPISOD "JALAN2 CARI GAJAH"

alops geng, tempat ziarah aku kali ni mungkin xmeriah macam pavilion, crouded cam BB, best cam the curve,dan tempat2 lepak bg org2 up to date seperti anda... just kandang kambing,
di ulangi KANDANG KAMBING... credit utk faez yg suka bawak aku outing ke tempat2 yg org xberapa nak pergi....



udin : makan banyak2 ye kambing, biar gemuk dan sehat.
raya haji nanti biar aku plak yang makan ko..
enjoy ur meal.



ahh buat muka manja depan aku...nah, satu pelempang!!



pesan udin: jangan nakal2 k


this is faiz...(kambing tu takut ngn ko weyhhhhhhh)



cara betul utk mengajar kambing berjalan



KHASIAT SUSU KAMBING


Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
udin: bau kambing sesuai sebagai aromaterapi

Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
udin: ohh patutlah anak2 kambing membesar dengan sihat dan bijak2 belaka...

Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
udin: info yang aku xbleh nak cuba dan buktikan

Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
udin: biasanya bila dah sakit baru terhegeh nak cari ubat...cegah sebelum parah, minum susu kambing sekarang sebelum anda sakit

Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
udin: lihat sahaja kulit anak kambing tu

sekadar berkongsi info, terpulanglah pada nada yg nak amalkan...
sekian, laporan dari ladang kambing
semenyih

Monday, September 6, 2010

NEW UPDATE..

DAH LAMA tak UPDATE BLOG
leka dengan hal dunia yang lain sampai tahap aku da malas nak berfikir...



sampai dah bersemut blog aku ni weyhh......
itu sahaja aku nak bagitau,(blog aku ada semut)
sekian