Wednesday, February 23, 2011

TANDA ANDA SUDAH LAMA SINGLE




Menjadi seorang yang single memang sangat seronok.
Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun.
Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau

– Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau kau lupa nak tutup zip seluar...oppsss

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.



3. Kau banyak sangat main games

– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau

– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

so, adakah kau rasa kau masih single??? hmmmmm



*pic tidak berkaitan

Tuesday, February 8, 2011

--- 15 HARI MENCARI CINTA ---



haha .
bunyik macam xlogik, tapi haku rasa xmustahil..
ada org kata, cinta bleh dapat dengan pandangan pertama... ish3x... susah tuu... yang penting usaha.....

tadi sorang bestie haku bg arikel nie, dia suruh aku baca... haku share ngn uolz...baca pelan2, dan cuba k... kalau mujarab, bagitau aku...:: MUNGKIN AKU BLEH CUBA

HARI PERTAMA
Sebagai permulaan, apa kata anda hulurkan salam perkenalan. Jangan malu kerana semua orang sukakan individu yang berterus terang dan mudah mesra dengan orang lain.

Apa yang penting jangan keterlaluan menunjukkan rasa minat kepada dirinya. Nanti dia takut pula untuk berkawan dengan anda.

Penampilan juga perlu dijaga kerana jika penampilan anda kurang menarik, sudah pasti si dia tidak akan memberikan respon kepada salam perkenalan yang anda hulurkan.A

Anda juga boleh tinggalkan nota kepadanya. Rancangkan satu aktiviti yang menarik agar si dia teruja dengan undangan tersebut. Jangan terlalu gelojoh untuk memikatnya. Buat seperti biasa tetapi memberi makna kepadanya.

HARI KEDUA
Selepas salam perkenalan bersambut, apa kata ajak si dia menonton wayang bersama anda. Pilihlah cerita yang menjadi minatnya atau jika mahu lebih romantik, pilihlah cerita cinta yang mampu memberikan kesan kepada perhubungan yang baru sahaja terjalin.

Untuk lebih romantik, selesai menonton wayang pergilah bersiar-siar dengannya sambil berusaha untuk berkenalan dengan lebih rapat.

Tetapi untuk permulaan lebih baik jangan tanya soalan yang bersifat terlalu peribadi agar dia terus selesa untuk berdampingan dengan anda.

HARI KE TIGA
Sebagai kejutan, telefon si dia di awal pagi untuk membangunkannya daripada tidur. Si dia pasti tersentuh dengan usahamu itu dan ini memberikan petanda positif kepada hubungan yang terjalin. Jika si dia suka dengan apa yang anda lakukan, teruskannya dan jadikan perkara tersebut sebagai rutin anda yang baru.

HARI KE EMPAT
Pada waktu makan tengahari, apa kata anda kirimkan SMS kepadanya dan ucapkan selamat menjamu selera. Jika dia suka dengan apa yang kamu lakukan, dia pasti akan tersenyum sebaik sahaja dia habis membaca SMS anda itu. Tidak ketinggalan cuba anda tunjukkan sikap ambil berat atau prihatin terhadapnya.

Tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap seperti mengongkong pergerakannya. Jika anda melakukan seperti itu, si dia pasti akan menjauhkan diri daripada anda kerana tidak selesa dengan sikap keterlaluan yang kamu tunjukkan itu.

HARI KE LIMA


Jika anda ada melakukan perkara yang tidak disukainya, cuba hubunginya dan meminta maaf di atas keterlanjuran anda. Si dia pasti akan memaafkan anda jika anda ikhlas menyatakan kesilapan yang telah anda lakukan. Berjanjilah kepadanya bahawa anda tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan itu lagi.

HARI KE ENAM
Apabila anda sudah rasakan wujud keserasian di antara anda berdua, apa kata anda undang si dia ke rumah kamu. Selain untuk berkenalan dengan keluarga anda, ia juga menjadi bukti bahawa anda sememangnya serius untuk berkawan dengannya.

Sebaik-baiknya anda menyediakan minuman atau makanan yang bakal dihidangkan kepadanya. Pasti dia akan tertarik dengan seseorang yang ringan tulang dan bijak melayan tetamu. Pastikan juga keluarga anda mesra dengannya agar dia tidak rasa terasing di rumah anda.

HARI KE TUJUH
Selepas seminggu, rasanya ini saat paling sesuai untuk anda menghabiskan masa hujung minggu dengannya. Jika dia tidak bersedia untuk keluar berdua-duaan dengan anda, benarkan dia membawa rakan terdekat agar dia lebih selesa dan selamat.

Apa yang penting jangan terlalu mendesaknya kerana perkara tersebut hanya akan memberikan kesan negatif kepada hubungan yang terjalin.

Jika dia belum bersedia untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan anda dan mahu bersama rakan-rakannya, berikan dia keizinan. Tunjukkan rasa prihatin dengan menghubungi dan bertanya khabarnya dan rakan-rakannya.

HARI KE LAPAN
Jika mempunyai kelapangan, ajaknya si dia keluar membeli-belah. Dalam masa yang sama, cuba anda cungkil rahsia mengenai dirinya. Apa pakaian kegemaran atau impian masa depannya. Jika anda telah mengetahuinya, pasti mudah untuk anda memasang strategi yang seterusnya.

HARI KE SEMBILAN
Selepas lebih seminggu anda menunjukkan rasa prihatin terhadapnya, apa kata pada hari ini kamu abaikannya. Jangan sekali-kali menghubunginya termasuklah bertanya khabar akan dirinya. Jika si dia rasa dia memerlukan atau mengingati anda, dia pasti akan menghubungi anda.

Tetapi jika si dia terus mendiamkan diri, itu tidak bermakna dia melupakan anda sebaliknya mengambil sikap selamat kerana tidak mahu dituduh sebagai perigi mencari timba. Ketika ini anda perlu sentiasa berfikiran positif.

HARI KE SEPULUH
Jika si dia tetap mendiamkan diri seribu bahasa, anda cuba menghubunginya dengan mengirimkan SMS yang menyatakan rasa rindu anda kepadanya.

Jika si dia membalasnya, itu membuktikan anda masih berpeluang untuk mendekatinya. Namun jika si dia terus mendiamkan diri, lebih baik anda bersedia untuk mengundurkan diri atau mencari sasaran baru yang lebih sesuai.

HARI KE SEBELAS
Jika si dia memberikan respon, apa kata kamu menghubunginya. Kalau boleh habiskan sepanjang malam dengan berbual tentang pelbagai topik yang disukainya. Apabila sudah sampai ke tahap ini, anda perlu berani untuk berterus terang dengannya. Anda juga perlu bersedia dengan respon yang bakal diberikannya kelak.

HARI KEDUA BELAS


Cuba anda menjarakkan diri dengannya buat beberapa hari. Tetapi masih terus menghubunginya melalui SMS. Untuk lebih romantik, apa kata anda hasilkan kad sendiri sebagai kejutan kepadanya apabila anda bertemu dengannya kelak.

Hasilkan kad yang kreatif serta selitkan juga kata-kata yang melambangkan perasaan anda terhadapnya. Jika si dia benar-benar menyukai anda, dia pastinya akan teruja dan terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka itu.

Lebih baik jika kad comel itu disertakan sekali dengan sejambak bunga atau segugus coklat kegemarannya.

HARI KE TIGA BELAS
Sebelum memberikan kad tersebut, apa kata anda aturkan sebuah makan malam yang romantis untuk anda berdua. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana ini masih di peringkat awal hubungan anda berdua. Lakukannya secara ringkas tetapi mampu memberikan kesan kepadanya.

Lebih baik jika makan malam itu turut diiringi dengan muzik kegemarannya. Apabila di dia benar-benar selesa, serahkan kad kreatif ciptaan anda itu beserta bunga kepadanya. Lihat reaksinya dan jika dia menitiskan air mata kegembiraan, itu bermakna anda telah berjaya meraih cintanya. Namun anda jangan terburu-buru selagi tidak mendengar pengakuan cinta daripadanya.

HARI KE EMPAT BELAS
Ini merupakan hari yang paling penting dalam hidup anda. Anda bakal mengetahui sama ada rancangan yang anda atur selama ini berjaya atau tidak. Kawal diri anda supaya tidak kelihatan gelisah di hadapannya. Apa yang penting kamu berani dan telah bersedia mendengar apa sahaja keputusan yang akan diberikan oleh si dia.

HARI KE LIMA BELAS
Anda telah mendapat jawapannya. Jika jawapannya menggembirakan anda, raikan cinta yang baru terbit itu dengan satu acara yang tidak akan anda berdua lupakan sampai bila-bila.

Namun jika percarian cinta anda masih gagal, jangan sekali-kali berputus asa. Percayalah bunga bukan sekuntum dan kumbang pula tidak seekor. Sudah pasti akan ada insan lain di luar sana yang akan menghiasi ruang hati anda. Apa yang paling penting, jangan serik untuk cuba mencari cinta.

* UDIN KOMEN::


bila jumpa somebody yg kau suka,.bezakan antara CINTA dan NAFSU....setia - give and take - try to make him/her happy

selamat berusaha beb!!!! ( ak bleh jd DR Love) hahhahaha

Tuesday, February 1, 2011

Fakkof..aku benci kawan2 aku, aku xkan ikut cakap kamu lagi DAhhh!!

vavi..10x...aku xpenah rasa DOWN macam sekarang ni..duit aku dah banyak abis..
rasa nak nangis pun ada...aku nak duit aku balik!!!

KAWAN2 dah rosakkan aku....aku xkan dengar cakap sesiapa lagi dah...
semua racun yg aku dapat...kamu memang...memang.... tuuuutttt...

Kamu punya pasai aku dah buang banyak masa, ko mintak duit aku bagi., ..ko hingat 2ribu sorang tu cket ker??? aku xkan termakan kata2 manis ko dah...penat aku berusaha,sengkang mata kumpul duit...HILANG CAMTU JErr
lpas ni ko nak apa pun ko usahalah sendri...pegi main jauh2
JANGAN CARI AKU!

Ko ada otak ko pakai, ko ada skill ko guna elok2.....xkan semua aku nak ajar...bukan aku nak berlagak, aku banyak duit, tapi KAMU semua dah jahanamkan impian aku...
TAU TAKKKK!!

arrgg aku dah xbleh berfikir lagi dahh..hempas meja pun tak guna... !! duit aku dah banyak abis.. aku dah banyak buang masa lepak dengan kamu semua...
aku akan tebus balik semua duit2 aku..
LAWAN TETAP LAWAN!

aku akan pastikan duit aku akan menang besar , aku akan main bersungguh-bersungguh:

ZYNGA POKER

zynga puaka!


Dalam myspace aku player PROFESIONAL tau tak!


Chip aku 115,647..kuajak...dah banyak abis.
xnak sedekah kat org lagi dahh

klik gambar utk tumbesaran


GIGIH NAK PERTINGKATKAN KEWANGAN

aku masih peringkat budak lagi dlm fb...adoiii

segan nak tunjuk jumlah duit,..


sob2..isk2....
ada sesapa mau send chip kat aku....?!

hahha aku dah ketagih ngn game ni....