Sunday, August 29, 2010

Jalur Gemilang.., Yang Berkibar & Yang Terbakar

UCAPAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2010

selamat hari kebangsaan & selamat berpuasa (kalau korunk puasa)

Aku sajikan pembuka bicara nota ringkas aku kali ini dengan gambar2 di bawah:



hati siapa tidak terbakar melihat JALUR GEMILANG terchenta di pijak dan dibakar. tambah pula sempena bulan kemerdekaan Malaysia sekarang ni.inilah realiti.
pada mereka tiada penyelesaian Diplomatik bagi isu2 tegang antara MAlaysia - Indonesia.

kadang2 isu yang di bangkitkan sangat remeh temeh pada pandangan mata aku..dan boleh diselesaikan dengan cara rundingan adik beradik.. xtau lah pulak pada kotak pemikiran mereka yg bijak2 ini.. contohnya:
isu tarian pendet yang xderlah best mana pun, satey, batik, rendang dan sempadan negara.

Pemimpin boleh duduk semeja berbincang, tetapi yang jadi masalah segelintir kecil rakyat yang mudah terpengaruh , cepat emosi..Parti pembangkang disana ambik kesempatan meraih sokongan.. jadikan isu. Bergaduh di Parlimen. Siapa yang untung, siapa yang rugi?

Kita:
Tiada tindak balas agresif dari rakyat Malaysia..(betul org kata Rakyat Malaysia sopan Santun)
Protes jalanan bukan cara kita..
Jangan cepat terpengaruh dengan permainan komuniti kecil di Indonesia (jika nak dibandingkan pandangan berjuta-juta rakyat IND,aku pasti mereka juga bencikan pergaduhan)... jalan Perang bukan suara kerajaan mereka. Tetapi provokasi media dan parti pembangkang di sana sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda. haishh

Kalau betul PeranG?

Indonesia sangat berbangga dengan ranking pasukan militeri mereka..tahniah.
bukan bermaksud Malaysia lemah..ranking hanya perkiraan di atas kertas... banyak sejarah perang membuktikan yg kecil xsemestinya lemah yang besar xsemestinya gagah.

TAPI yang pasti,
jika malaysia dan indonesia perang.Tidak akan ada kemenangan,kecuali kehancuran di ke dua belah pihak, Indonesia yg baru mahu pulih dari ekonomi dan Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi..Cukup, xmahu komen lebih2 pasal perang..AKU BENCI GADUH2!

Kenapa?
Selalu ada pergolakan gaduh2 manja antara MAS dan IND? tidak seperti tetangga yang lain?
MAlaysia -iNdonesia Serumpun, tapi tidak rukun...
*pasukan buluh runcing di IND mengambil masa yang agak lama mencari rakyat malaysia utk di usir...
tapi kita di Malaysia, keluar sahaja rumah, sudah jumpa wajah2 indonesia di sini.. hmmm
Aku tidak membenci mereka. selagi mereka datang dengan cara baik.. dan berbuat baik di negara ini...

MERDEKA

Kibarkan Gemilang , tunjukkan semangat Patriotik anda.. Jangan hanya di simpan di dalam jiwa...dun shy2 to show it.....Semangat lebeh lak aku ni...
Yang pasti malam sambutan kemerdekaan, aku malas nak keluar rumah, tidak seperti tahun-tahun sebelum ni, asik nak enjoy je ... sory r geng,ini bulan ramadan.. aku nak rest dan menambah amal di bulan puasa ..hehe

tapi kadang2 aku segan dengan cara orang kita nak kibarkan jalur gemilang...Lihat contoh di bawah:

penat aku kejar bas ni, semata2 nak snap gambar jalur gemilang.

Letak bendera di bontot bas, lepas tu asap dah la hitam tebal.
sampai bendera dah tukar kaler..respect la cket bro.sedeh aku..

sekarang ni ramai xsemangat letak bendera kat kenderaan, aku xtau kenapa... Yang pasti, aku dah kibarkan kat kenderaan aku...anda sudah?

AKHIR KATA PENUTUP BICARA
selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53..
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT HARI RAYA

aku semangat lebeh2..heehe

Friday, August 27, 2010

sAHKAN mANDI Wajib aNDA?

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,”

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Thursday, August 26, 2010

UCAPAN KETUA PEMUDA 2010

DARI udin
SEMPENA HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ke23

Usia Hanya Angka Yang Penting Jiwa Tetap Muda.

aku ter 'late' nak buat ucapan sempena hari lahir sendiri... mungkin banyak isu2 semasa yang aku kena fikirkan.. khayal dengan tugasan harian yang xpernah siap2....

trimas kawan2 yg sempat buat late nite party tuk aku..aku mahu nangis melihat keprihatinan tuan/puan..

umur bertambah, tanggungjawab bertambah, duit poket bertambah, belanja pun bertambah...
aku nak bagitau, beberapa hari ni aku selalu tidur lewat / terjaga malam dan banyak berfikir..
mungkin aku dah push otak aku ni ikut limit kot..

kadang2 aku xtahu ape yang aku fikir, pernah skali,wajah Uncle Siva yang jual maruku kat stesyen bas pun bleh jadi topic utk aku fikirkan...haishhhh parahh..parahh

mungkin aku perlukan sesuatu ..iaitu:




family dan rakan2
adalah cinta terbaik aku....
TERIMA KASIH

Sunday, August 15, 2010

Suami GAGAL masukkan Buah ZakaR??????

Bila baca keratan akhbar di bawah ni , nak je aku gelak sambil guling-guling. (aku dah fikir bukan2) mungkin aku xpandai bab-bab camgini, coz aku x kahwin lagi.. (xtahu la uolz yg dah kahwin pernah buat)

haissh aku cuba fikir positif yang pakcik ni nak tanya soalan lain tapi tak tahu nak tulis soklan yang betul, belasah je tulis ‘buah zakar’ asalkan ada kaitan dengan persoalan yang ingin diajukan. Boleh camtu? Huhu..

Tapi tak tau la pulak, kot-kot dia betul2 dah bekerja keras untuk memasukkan buah zakar beliau (seperti yang dituliskan pada akhbar) sampai sekarang xberjaya! Sebab tu soalan tersebut diajukan kepada mereka yang pakar. Hehehe..credit utk beliau...go2 chayok pakcik

dari zon bebas,share 2gether

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBACAAN LEBIH JELAS


Irama monday blues...


lalaa lalaa lalaaaa

saat aku tengah malas
ku buka macbook
aku menyanyi
lalala lalaa laaa

dah berdebu blog aku ni rupanya..
kulayan perasaan malas..
masih banyak buku2 tebal yang perlu dibaca
aku menyanyi lagi
lalaa lalaaa laaa laaa

terkenang orang tersayang
aku senyum sengsorang..
uish ..aku dah gila bayang...
ape yang aku bleh buat?
take a pen and write:
lalaa laaa laaa laaa
(huarrgg sambil menguap)
*nanti kalau rajin aku sambung lagi

--- monday blues song by UDIN----

Wednesday, August 11, 2010

RaKsasa dalam kereta....

fakof...kereta aku dah jadik pusat pembiakan raksasa...patut la biler aku kuar malam2 ada macam2 bunyi aneh-aneh dalam kereta.......waaaaa mimpi ngeri kembali.............apesal ko xmati dalam sistem enjin kereta tu..nak bromen sila main jauh2..tapi bukan dalam tempat aku....(ayat panaz)

so terpaksa la buat operasi tangkap raksasa, banyak gak aku dapat...haishhh







khidmat nasihat dari seorang pakar kenderaan,(sahabat baik aku) beliau mencadangkan supaya aku buat mist cleaning kat CUCI_CUCI car wash yang biasa ada di tepi tesco ..yang kaler kuning tu....
hasilnya, suma makhluk dalam kereta ini mati, dan tidak merosakkan kenderaan anda... thnk wan.....

Monday, August 2, 2010

JALAN-JALAN CARI GAJAH

SY8 UDIN VERSI
ANIMAL PLANET


















Haku dah jumpa Gajah yang dicari...
tempat ni best..dan masuk free (itu yang Penting)
Disini pengunjung dapat peluk,kiss,sekeh,semua gajah -gajah disana..sesapa nak mandi and kena mandi dek gajah pun boleh.... aku suka elephant!!
hekceli tempat ni memang best..(tak macam zoo, bayar mahal, tengok haiwan dari jauh je huh)

















sapa kata aku kecik dan xbertenaga...sila tarik balik statement anda!!!
ini adalah bukti gajah ni tewas di tangan superhero... hahahaha

Geng...bukan kecik anak haiwan2 di sini, ini gajah bro di ulangi,ini GAJAH.... kalau pijak badan lu bleh mampos laa.
nak tau ape spesel si selendang ni? cuba tengok kaki kiri dia... ahhh tidak, 1st time aku tengok gajah kurang upaya...kesian beb... dia injured terpijak jerangkap samar..sapa punye kerja haa!!!

Sambung excited dan jakun dengan Sang rusa pula.... part ni paling best, aku masuk je dalam kandang, terus kena serbu dengan rusa2 tu..mungkin ramai rusa betina kot...


Lihatlah....betapa mesranya kami....
penat berlari-lari main kejar-kejar dengan rusa..
Time to eat.Time to eat.Time to eat
















gambar sebelah: seekor rusa betina yang gatal...
buat muka cute minta makanannnn...









weyhh ini bukan ular lidi yang kaler hijau tu...
Ini Anak Anaconda...
kacak kannnn? ( i mean brader yg pakai cap lahhh)
tolong kata yesss! (cehh,dlm hati aku)














Siapa tahu nama makhluk ini sila angkat tangan....
eh bukan...salah tu!! bukan mamat yang pakai seluar dan baju tu , tapi yang
tunduk-tunduk tersipu malu-malu tu lahhhhh!!!!!



Beruang ini xpandai bergambar..soryy
sekian laporan dari saya dalam versi animal planet..
gambar Kj pun ada....story kj di entry lain laa....salam

EH2 DAH BULAN 8....



Great lines I'm not "HANDSOME" But i can give my "HAND"to"SOME" one who needs help,Beauty is in heart, not in face...!! :)

(Tetiba aku buat2 teringat)
owh tidak dah bulan 8, mana pegi bulan 7?
cepat tul masa berlalu, sometimes i think 24 hours not enough.
pernah aku tanya emak, knapa xcukup 24 hours,
mak jawab: bersyukur udin, hmm jawapan dari seorang ibu,

apa pula jawapan dr kawan2?

arrhhhhh (lepas tu aku menjerit)
aku nak bagi tahu, this month aku cukup 23 tahun...hehhe
wajah matured seorang yang dah cukup 23 tahun
(klik untuk pembesaran gambar)
sila klik pada home di bawah sekali...