Thursday, December 30, 2010

...ucapan ringkas bakal PM sempena NY...

ini adalah PLANNER BOOK aku tahun 2010
malam ni akan di seal kmas coz nak bukak buku baru



tggu beberapa jam lagi kita melompat ke 2011....hepy new year uolzz..

salam di hulur kemaafan dipohon...dengn seiklas hati udin ucapkan selamat tahun baru maaf zahir dan batin... >>>macam ucapan raya la plak....
Add Imageforgive and forget....

kaum keluarga, rakan2 serta org awam banyk memberi perangsang utk trus survive menjadi manusia yang baik pada tahun ini...(macamlaa aku ni org jahat)..thanks guys....
semoga tahun depan lebih banyak benda2 baik yang berlaku...amin...

ada org kata,tahun baru ni kita kena tanam azam. tapi aku bukan jenis macam tu coz azam yang aku pernah tanam sebelum ni xpernah subur-subur...
lain di rancang lain yang jadi..... so just let it be in nature...xyah pening2 bfikir....

utk suku tahun pertama tahun hadapan jadual aku dah penuh dengan macam program,..kerjaya dan bisnez menjadi keutamaan... frenz and fameli aku minta maaf awal2 kalau kkadang aku xpat lepak ngn kalian.... doakan kesihatan dan kejayaan aku...thanks....(saja nak tulis ayat sibuk mengalahkan yb)hahaha

sebut pasal SKT (sasaran kerja tahunan) masih dalam perancangan... peningkatan modal insan dan strategi mencari teman baru menjadi keutamaan.... bosan plus jelez tengok kawan2 lain ada awek..tapi aku masih lepak sorang2 xde sapa mau ajak kuar dating..cwahhhh....doakan aku---

NKRA (bidang keberhasilan utama negara) menjadi tonggak keutamaan ekonomi negara... aku harap ekonomi dalam poket sentiasa meningkat.. untuk memastikan perkara ini menjadi realiti, kawan2 rajin2 lah belanja aku makan, dan memberi sumbangan kewangan walaupun aku xminta..hahaha (dah mula mengarut...)

geng ..stakat ini ucapan aku...aku nak jimatkan masa anda dari membuang masa membaca tulisan aku yg kian mengarut panjang..wasalam..

Wednesday, December 29, 2010

Laporan penutup AFF sujuki




GenG..

ramai dah tau , Malaysia menang Bola sepak AFF suzuki semalam....

-Jumaat PM Najib dah umum cuti

-saham Safee Sali naik mencanak menjadi kegilaan ramai gadis ( aku jelez) hahhaa

-Keeper Malaysia,(khairul Fahmi) sangat cemerlang malam tadi...
tersentak dada aku kejap tengok dia sambut penalti...salute bro


gempak siut, team RajaGopal telah berjaya tarik balik keyakinan peminat bola sepak Malaysia utk menuntun bola....

yang paling best------
ada satu kisah budus kawan aku dari indonesia, nak je ak lempang laju2;

kisah dia camni..tengah syiok menonton bola berdua ngn jj (kawan aku)
tetiba si Herman call..masa perlawanan berbaki kurang dari 5minit)

Herman: ya Udin,haha Ina sudah 2 gol .jagalah kamu...hahhaa (siap gelak lagi)

udin: (aku diam jap) aik ko kenapa herman? ko pening ke ape? ad dimana ni?
(aku hairan kenapalah nada dia ni excited sangat)

Herman : lorr kamu ngak nonton tv? indonesia sudah jaring 2 gol , malaysia baru 1 sih...hebat kan? indonesia menang.....hahhaa

udin: ...bla..bla..bla.... >> letih aku explain dan dia trus ltak telefon macam xpercaya....GOBLOK!

macam ni punya org pun ada..mmg betul laa indonesia mng gol 2-1 semalam,tapi jangnla KAYU sangat. inilaa akibat kalau ikut2 org tengok bola tapi tak pernah tau pasal Agregat..hahhahaha gelak guling2 aku semalam...herman2...

-----------------------------------------------------------------------------------


semoga lepas ni Malaysia akan menempa lebih banyak kejayaan dalam Bola Sepak.. Gudjob bro.

tunjukkan semangat anda dan tekan butang PLAY>>>




KLik play utk lagu ole2

Tuesday, December 28, 2010

Hidup ini Ibarat Bola.....


Laporan Sukan Dari Udin
sempena AFF Suzuki Cup 2010...


Uit Geng bukan kecik anak gak player2 Malaysia neh..... aku bukak je mata pagi tadi, on Radio sibuk cerita pasal bola, on hp sms bola, on Tv bola, On newspaper cerita pasal bola (eh Newspaper bleh on)..hehhe..makcik jiran sebelah pun semangat riuh sembang bola....hilang topik mengumpat mereka pagi tadi...

kekadang aku hairan, minat org kiter ni suka pada part2 finishing je...hangpa follow ka game tu dari awal?..... time kalah 5-1 ngn indonesia awal ritu , punya la ramai dok kutok ,dok kondem..
macam dah xde harapan langsung dah...aku dengar jerrrr....

tapi bila masuk final, macam2 ayat2 power keluar..pujian melangit.....
-"safee sali main bagus, pandai ambik bola muntah ooo"
- " kembar xmain pun xpa, Malaysia bleh menang"
- "Jersi biru banyak ong"
-"Kes laser pun mau kecoh, apedaaa"

ok dahh skip--->

-----------demikian beberapa petikan pengulas sukan terdiri dari rakan2 udin--------

Player Malaysia dah Buktikan, Hero biasanya akan muncul Disaat Akhir......
dalam keadaan tertekan kalah teruk ,player ramai injured, bleh masuk final dengn keadaan selesa 3-0... say Alhamdulillah....

MANTAP

cikgu sekolah aku pernah cakap, sukan tu utk mengeratkan persaudaraan...tapi situasi skang dah lain... player masuk padang dah macam nak pergi berperang..... siap ada efek letupan bom dan bunga api kat tepi padang...blom sepak bola dah berterabur botol mineral tepi padang...ape kes?

ntah apa la jadi kat stadium Gelora Bung Karna malam ni.... Kita sambut kedatangn player Indonesia dengan krpet merah.... Tapi mereka sambut player kiter dengn macam2 provokasi..

--klik gambar untuk tumbesaran--





Beliau adalah ikon kemahsyuran Harimau Malaya. Supermokh Raja Bola!!! aku harap semua pemain Malaysia bermain dengan semangat lawan yang dimiliki oleh Supermokh.

doakan agar kita beroleh kemenangan. Rentetan dari kemenangan Sukan Sea, ayuh... kita bina semula maruah bolasepak kita.

RAKYAT MALAYSIA... skuad kita memerlukan anda malam ini.

Selamat Berjuang Harimau Malaya!!!


aku membebel banyak pun xguna... gudluck kepada uolz yg menonton bola malam ni..ramai yg eksited nk tggu keputusan,. sila bawa laser masing2......semoga Harimau Malaya berjaya menewaskan Garuda Super Laser tersebut....

akhir kata, hidupKu ini ibarat bola... dikejar, disepak,dan ditendang...rela sakit hanya untuk menghiburkan kalian....


----------------------TANAH TUMPAHNYA DARAHKU----------------------

Saturday, December 4, 2010

Dilema Lelaki dan ke BuncitaN



sila baca sampai habis >>

hmm.. baca title dah rasa sensitip sket, tengok kiri, tengok kanan tengok perut sendiri... buncit tak?

hasil kajian mengapa lelaki buncit:

hati gembira @ senang hati
terserlah kematangan
poket tebal dengan duit

DAN bila tengok je lelaki buncit pasti korang akan terfikir, mamat ni kuat makan..pastu suka tido.kan2? diulangi KORANG (anda,kamu dan bukan aku)
kalau dia tahu apa yg korang fikirkan sure akan makan pelempang free..hehe


SALAH!..sebenarnya banyak lagi asbab mereka ni buncit tak memasal, dan ianya jarang masyarakat ambik peduli. Kat sini izinkan aku ungkap sedikt sabanyak fanomena tak sehat ni boleh berlaku;

1. Kerusi kat Meja Study Sudah Patah
-Maka semua assignment, main dota, update blog mahupun mengadap fesbuk di depan laptop akan dibuat di atas katil , dalam keadaan meniarap. Iyaa.. meniarap memang bukan posisi yang selesa, tapi orang kalau dah alah bisa tegal biasanya lah.Tambah teruk bila aktiviti menguyah, bergosip, layan drama korea, even tido pon dalam keadaan meniarap.So, bayangkanlah berapa banyak nasi yang terkantung2 kat dalam perut masa derang meniarap. Tu baru nasik.



2. Rumah Tiada Cermin Besar Bersaiz Pintu
-Seriosly, bagi lelaki maskulin, keperluan memiliki cermin sebesar pintu sangat kritikal.Ini kerana, mereka perlu kelihatan tampan dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki.Mungkin bagi lelaki yang tak berapa maskulin menganggap cukuplah cermin muka sahaja.Sebenarnya tak perlu pon sampai besar pintu, cukup sekadar boleh nampak pusat dan ke atas.Letak di tepi bilik air atau dalam bilir air terus lgi baik.Masa inilah masa peribadi untuk explore tubuh anda sebaik mungkin, kejap2 tahan nafasla,angkt2 lenganla, kepak-mengepak bahu la--> secara tak langsung anda menyukai tubuh badan anda,memberi motivasi untuk langkah2 seterusnya untuk mengelakkan buncit. Motivasi kecil, tapi impak sangat besar,serius.



3.Suka Tahan Berak
- Asal gelak? ingat aku memain ke. Menurut pakar, kita disyorkan supaya berak sekurang-kurangnya sekali sehari. Sekali setiap kali sebelum sarapan.Setiap hari kita makan, dan setiap hari kita perlu buang.Bagi mereka yang buncit pada usia muda ni , take note. 90% penyakit kronik berasal dari perut. Jadi,rajin-rajinlah berak setiap hari, ok.



4.Spouse Yang Bila Ditanyakan Tentang Kebuncitan Pasangan, Dengan Ceria Mereka Menjawab:
-" Tak kesah laa, buncit cute what.~."
Ini satu kecelakaan yang teramat dahsyat.
Mungkin ada benarnya , petua menambat hati suami adalah menambat seleranya.
Tapi itu kalau dah kahwin, cerita lain. So, bagi gurls-gurls yang sudah empunya, lebih-lebih lagi yang da jadi tunangan orang, pastikan anda mengawal makanan pasangan anda.Rasanya sumer lelaki care pasal makanan, tapi bila ada anda yang push , dia akan rasa dihargai dan disayangi.Lagipun time-time belum kahwen ni la kene control makan, dah kahwen sok anda sebagai isteri ,masak balik apa yng pasangan teringin nk makan masa zaman bujang dulu.Ingat, masak sedap2, biar si suami itu rasa itulah masakan yang paling sedap dalam dunia , walhal baru 1st time makan.hehehe..tips rumah tangga bahagia ni, entah betul entah idak.



5.Membiasakan Diri Dengan Lift
- Ceh, mentang-mentangla aparmnt ade lift. Rumah takat tingkat tiga pun ngengade nak pakai lift gak.Sanggup tunggu tu, padahal dah lambat nk gi kelas ni, biawak hidup!!
Ok, yang ni aku, ...nak wat camne , maintenance lift bulan-bulan berbayar kot, rasa membazir lak kang kalo tak guna.
Natijahnya manusia yang suda biasa dengan senang, akan selamanya mahu benda senang, walaupun memudaratkan.
Samalah kesnya orang-orang kat sini, bila naik escalator sanggup beratur, padahal tangga sebalah tu sebesar-besar alam , dipandang sepi jerk.Rasanye kalo kena buat macam kat video bawah baru derang guna tangga kot.

TEKAN BUTANG PLAY:-




Coolkan?Kalau akula, dah naik sampai atas ,turun balik, loncat-loncat, sampai boleh compose satu lagu, baru puas.
Btw,ini adalah inisiatif Volkswagen, memberikan input yang fun, supaya orang lebih rasa selesa, benda yang dirasakan payah nak buat sebelum ni.Banyak lagi idea aneh derng ni, so, kalo rajin bolehla cek-cek kat sini:The Fun Theory.

Kesimpulannya, kebuncitan itu bukan satu dosa, sebab, memang kajian menunjukkan normal bagi lelaki yang dah berkahwin ni, perut..eh bukan takat perut, leher , lengan,peha...sumer skalila senang...akan naik mendadak.Cumanya, sementara kita yang masih bujang ,sihat dan bertenaga, why not kan, kalau susah nak jaga makan ,sekurang-kurangnya jangan sampai buncit, kan