Wednesday, July 28, 2010

GooD MorninG Mr KJ

Hatiku berbunga-bunga dapat jumpa kj pagi tadi..

Di perkenalkan inilah kj (kala jengking)
makhluk yang nampak baik tapi berbisa.

aku tangkap masa nak pg kerja baru2 ni..hebat tak?

Cukup susah nak kawal si kj ni. Tak mahu duduk diam.
suka kepit tangan aku...hampeh ko kj..

















Kj xmahu duduk diam..susah
nak ambik gambar ngn dia neh..suka merayap sana sini..jangan sampai aku hilang sabar.... aku ketuk ngn hammer sat g...hehehhe (xsanggup)


Ramai kawan2 aku takut ngn kj...rileks la bro, dia xmakan orang..
dia baik..dia cuma suka kapit tangan orang je..(klik gambar untuk pembesaran).

Sunday, July 25, 2010

KisaH RokoK ber Vitamin...



Baru2 ini aku pergi ke Cameron Highland. Ontheway nak balik sempat lagi singgah shopping...ye aku suka shoping! aku beli daun stevia , teh cameron dan strawberi. itu sahaja...! aku hanya lalu dan senyum kepada makcik2 dan awek2 yg jual sayur, sebab aku xbeli sayur. aku xsuka makan sayur. dan xpandai nak pilih sayur untuk mak aku...sory mak...

Sambil memilih daun stevia, datang seorang kawan nak beli rokok..mulut aku gatal, tokey kasi dia rokok ada vitamin ye...tokey cina senyum dan kata,

"haiyaa Lengchai, mana mau cali lokok vitamin?"
geleng kepala si tokey cina itu..
aku hanya senyum dan sengeh macam kerang segar....

sambil tu si apek tu membebel. dia cerita kisah kawan dia.sakit sebab rokok...paru2 penuh nicotine ,sakit tenat..semangat betul dia nasihat kami supaya jangan merokok...apa punya GILA si tokey ni..

Hairan bin ajaib, dia jual rokok banyak2 kasi orang MAMPOS, pastu nasihat kami supaya jangan hisap rokok..jaga kesihatan."cakap tak serupa bikin"

Aku pernah kena marah dengan seorang pensyarah sebab rokok. dia tahu aku pernah ambik inhaler (tangki gas utk penghidap asma), you know what she said? : UDIN, U SMOKE TO KILL YOURSELF AND TAKING INHALER TO SURVIVE?...hmm betul kata2 cik puan pensyarah tu..aku terdiam.... so rite now aku bebas rokok... tapi kalau ada kengkawan nak bagi rokok free, aku sebat jew....

Kan best kalau rokok ada vitamin..tanpa nicotine dan merokok utk sihat.. hmm ada sesapa boleh buat inovasi ni?

Tapi rokok kesihatan memang dah ada..aku jumpa di gerbang malam ipoh dan giant shah alam..aku xbrani nak beli sebab masih xyakin..rokok tu xdek api tapi charge pakai USB cable..bila sedut siap kuar asap gitu...aneh kan..


no semokhing

Sunday, July 11, 2010

CinTa Hati Aku...


ecece... inila gamba aku zaman muda remaja dulu...tapi bukan nak cherita pasal gambar ni. cinta hati aku ad di bawah


LAWATAN KELAB KEBAJIKAN MASYARAKAT KE RUMAH KEBAJIKAN KANAK2

Sapalah yang kejam sangat buang anak merata2...jangan hanya tahu buat anak lepas tu layan anak macam sampah...sebelum ni, tak pernah keluar air mata aku disebabkan budak2,

Mula2,aku xterasa sangat sebab aku ad keluarga...ada mak, abah kakak dan adik...buka surat kabar kes dera, aku masih boleh senyum2 bcoz suma tu cerita biasa, dan selalu kuar surat kabar (zaman aku xsedar diri).

Tapi bila tengok sendiri budak yang tiada keluarga, dibuang, dipukul, simbah air panaz... dan TRAUMA, nangislaa banyak mana sekalipun.. xdek siapa leh ubah sejarah budak2 tu..

sampai2 je kat Rumah kanak2 tu, mereka sangat gembira sambut kami, maklumlah laa berjumpa dengan pelawat2 yang kacak dan cantik..seronok bermain, melukis, bersukan menyanyi ( mereka suka lagu waliband) dan menari ( mereka juga pandai buat chiky dance dan poco2) chomel sangat2.siapa sangka disebalik gelak tawa mereka ada kisah sedih yg mesti di dilupakan.

ada satu kes kejam, baby umur 2-3 minggu kena buang mak ayah..bayi yg sempurna,putih dan comel.. xde cacat cela..sapa punya kerja sila mengaku! giler vavi punya manusia, sanggup wat camtu..aku doakan semoga masa depan baby tu cerah... menjadi anak yang baik...





Penat tapi seronok ,9 pagi- 5ptg dngn budak2 tu..masa utk balik.berat hati utk pergi...nanti kami datang lagi...


* makluman : saya diberitahu tidak boleh mengambil gambar kanak2 di rumah kebajikan tersebut,( atas perintah mahkamah) gambar yang tersiar dlm blog ini fokus kepada pelajar SMTKK. hanya gambar ini menceritakan segalanyaa...


..
pelajar lelaki pun nangis



sesapa yg berumur bawah 18 tahun, SILA AMBIL PERHATIAN! hak anda di jaga di bawah akta perlindungan kanak-kanak...


*credit utk Kak Idaroy , Cik Sharifah Hendun ( kaunselor RKK) pelajar 5 katering SMTKK,pihak yang memberi sumbangan, kewangan,makanan, pakaian,buku,dan alat tulis, dan semua yang terlibat dlm program ini,sesapa yg berhajat nak buat sumbangan, boleh hubungi saya..ikhlaskan hati

Wednesday, July 7, 2010

HISTORY TO STORY......


Yang jauh mari dekat ,
yang dekat mari rapat
yang rapat jangan lebih-lebih...

umur dah 23 tahun baru nak ad blog... remajanya aku...hehhee...walaupun aku dikelaskan dalam golongan buta IT tapi kita masih bleh belajar....itulah tugas manusia belajar dan terus blajar...
(macamlah aku rajin sangat)

well , sahabat handaiku sekelian, di sini bukan tempat untuk aku mencari market tapi cuba menterjemahkan apa yang terlintas pada jemala batuku (otak) ini.setiap benda yang berlaku adalah HISTORY and need to STORY....

untuk permulaan, cukup setakap ini... sukabacabelog.blogspot.com by udinizer...