Friday, January 13, 2012

Aku Masih Bernyawa...

Dah naik bersawang blog aku.. dah berbulan2 xupdate... bukan kerna aku xda cerita nak kongsi, tapi more to , aku malas nak menaip.. yes aku kian malas..

ohh btw,, HapPy New Year.. (rasanya blom
terlambat tuk aku ucap).
2012...malam new year ritu , tiada bunga api 3,2,1, kebabom sana sini..menghabiskan duit rakyat..
aku sengaja off telefon , xseperti new year2 sebelum ni.kali ni , aku lari ke kuala kangsar, jauh dari kawan dan stay kat penjuru bilik sorang2,bertemankan sebotol mineral dan sebungkus twisties. ntah kenapa , itulaa malam new year paling best aku pernah rasa...
hmmmm.....



Update TENTANG AKU..

Aku tak pasti nak mulakan pangkal cerita dari mana. Mungkin xda siapa yang ambil peduli..

Yang pasti Heartless itu aku...
yaa heartles itu akuu... hmmm..

Yang penting aku masih bernafas dan bernyawa utk terus bercerita..

Aku akan kembali aktif berblog sekiranya di izinkan.

salam kasih dari Sasaki Hadeyoshi / Genji Son...

Wednesday, August 17, 2011

Anak-anak nampak Tuhan tak?


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
...Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Amin sangat cerdik..
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Wednesday, June 15, 2011

Sheikh Udin teropong Eclips...





08.30 malam -gigih buat persiapan 02.31 pagi- sedia utk sekodeng


Malam tadi waktu kamo semua tengah sedap tidor, haku bersengkang mata dok bersidai luar umah mendongak ke langit... teruja nak tengok bulan bertukar jadi warna merah..
bab cuaca mmg penghalang besar menghilangkan mood aku, awan tebal, bulan samar2..adeyh.. seb bek laa haku ni golongan yg sedikit sabar....


peluang nak tengok kebesaran tuhan seperti eclips ni bukan selalu, seb bek, angin sejuk,bunyi cenggkerik ,dan katak2, menjadi peneman haku malam td....thanks kawan..

alhamdullilah dapat gak tengok eclips, bulan dibayangi bayang2 bumi,, cantik ciptaan tuhan... walaupun sekejap ,tapi itulah saat bermakna... bulan mula2 kaer putih, pastu tukar kaler oen macam nak jadi merah.... chantek.subhanallah

**tahun ni aku tengok keindahan bulan sorang2 ,mana la tahu tahun depan aku ada teman yang tersayang teman sebelah aku, enjoy the moment..hehhee


Subhanallah .. Dalam surah Ali-Imran ayat 190, Allah berfirman,

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab." Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua untuk memperoleh keredhoanNYA .. Aamiin





















ohh bulan,,, cantik dilihat dari jauh,
tanda kebesaran ciptaan tuhan...
hanya mampu dipandang tapi xbisa disentuh....huhuhu

oleh : syed syarifudin

Tuesday, May 10, 2011

HATI PECAH2







aku tahu dia,
tapi mungkin tak cukup kenal dia::
aku kenal dia,tapi mungkin tak cukup faham dia::
aku faham dia,tapi mungkin tak menjiwai dia::
aku lihat dia,tapi mungkin tak pandang dia::
aku dengar dia,tapi mungkin tak selami dia::
aku suka dia,tapi mungkin rahsia sampai bila bila...:p

ibarat menanti sebuah jwpn yg ta pasti...
hatinya telah mati utk aku...
biarlah aku tersisih begini..
aku menerima segalenye..
mgkn dia rasa ini yg terbaek utk kita...
tiade lg aku dlm hdop dia....
menganggap diriku telah mati...
mati dr dunia dia...

tralallaallaaa........

Monday, May 9, 2011

Aku Kehilangan.....


11 PAGI waktu uganda...

aku masih tak dpt lupekan about kekalahan Chelsea...

tp yg memilukan sgt atinih,aku khlngn smthng...
argghhhhh !!!
tension,tension,tension...
satu ag problema belenggu aku.. huhuhu...
kini aku ta tau nape ade insan yg cube mjaohkan diri dr aku...
org yg ckup pntg sbnrnye...
aku sedih bile memikirknnye.

btol kate org,kite ta bole brhrap bantuan dan semangat org lain tok brjaye
kite kene bdiri diatas kaki sendiri
aku cube,tp kaki aku blom ckup kuat
ta kn aku nk gune kaki palsu kot??

brsyukurlah dgn ape yg aku ade skrg biapon aku masih tade pape
huhuhu
aku yakin,jike aku berusehe,Allah pasti tnjukkan jalannye
cume aku kene kuat tok mnghadapi dugaan
pasni aku akn blaja tok hdop sndri
sbg lelaki aku harus kuat
u can do it en udin...
aku ckp kowg,mmg tensen sgt2..
Permudahkan urusanku ya Tuhan..


btw:: congrats lah kat MU dah kawan2 aku yang jadi "Kipas susah mati MU"
repeat season depan!!

Tuesday, April 12, 2011

Jiwa Tenang yang Menghilang........




semalam baru siap-siap nak pg bersukan, aku tengok kat tingkap, dah hujan.. humak aih, bleh tahan gak lebat nyer... terpaksalah aku tukar plan , xjadi keluar umah.. duduk diam2 kat penjuru bilik sambil peluk bantal tengok dvd.. ntah kenapa sejak dua menjak ni antibodo/i aku xkuat,

biler kena hujan, mula la sakit kepala, rasa nak demam segala bagai, ... bila cuaca sejuk melampau tahap gaban jak , aku dah prepare inhaler dalam poket seluar... hmmmm....mungkin aku perlu overhaul sistem pernafasan aku nehh...

aku rasa entry kali ni bosan kot, xde mood..
entry ni sbnrnye nk mengatakan mood aku xde, xde mood, mood xde.. semua mcm KENA tapi ttbe semua serba XKENA, mari kita lihat sape yg kena.. aku la yg kena, sbb semua kerana aku.. benghong.


malam ni malam Jumaat mungkin maghrib aku cube tenangkan sikit perasaan, hati yg tidak tenang ni tandanya kita dah....
Mula lupakan sesuatu yang sentiasa melihat kita, menjaga kita, melindungi kita, dan mengasihi kita selalu, iaitu Dia yang satu.. Dia lah sebenarnya tempat kita berteduh dari semua kepalsuan dunia.. hati yg tidak tenang tandanya kita dh lupa untuk meminta petunjuk dan berdoa padaNya, kadang2 kita rasakan sesuatu yg berlaku sudah x ada lg jalan penyelesaian, full stop.. walhal Dia lah yang berkuasa menyelesaikan segala resah dan risau terus di dalam lubuk hati.. mungkin akan mengambil masa tp itulah cara Dia mendidik hati seorang manusia..

Bukan senang nk membawa hati yg penuh cubaan,
sedangkan hati itu lembut dan mudah terluka,
tapi dari hatilah kita membawa siapa diri kita, bagaimana kita menjalani hidup dan bgaimana melihat melaluinya..
sememangnya melihat dgn hati inilah pandangan yg paling tajam, namun sgt mudah tersalah dan beralih.. aku insaf..

banyak yang dh ditunjukkan pada aku sejak akhir2 ini.. ada yang menggembirakan aku, ada yang menyedihkan aku.. ada yg aku terima, ada yg aku sepak laju2 xnak terima.
aku dipertemukan dgn ramai org, ramai kenalan dan ramai kawan.. hidup aku xkosong, penuh dgn kisah2 menarik, tapi lagi penuh dgn kisah horror saluran citra.

memang aku minta dipertemukan dgn sesuatu yang hanya aku dan Dia yang tahu.
Namun aku takut, kalu hati ni xcukup kuat, ada kekurangan dan kelemahan..
aku berdoa, jika Dia memberikan aku 'sesuatu' itu,
aku harap dia jugak berikan kekuatan pada hati aku, ketabahan dan kepercayaan untuk aku tempuh hari mendatang..

Sbnrnya aku dalam beberapa minggu ni adalah org yg sgt gembira, syiiokkkkk, bak kata pepatah.. memang la happy, sbb tettttt..
Aku percaya pada kejujuran, cuma kadang2 hasutan tu tetap ada men
iup keraguan dalam hati (kerja syaitonnirrojim la ni).. sebab tu aku berdoa sgt meminta perisai dalam hati, xpayah bullet proof pn xpe janji xterluka..

cara yg terbaik untuk aku elakkan semua tu adalah dgn pujuk diri sendiri, hantok kepala kt dinding(tipu je) dan

aku lebih suka berdiam diri. sbb berdiam tu kadang2 ada hikmah yg lebih bermakna.. kadang2 dgn membuka mulut perkara akan jd lebih rumit. pengalaman sedikit sebanyak mengajar hidup aku, atau menjatuhkan semangat aku.

sebab tu aku hanya terus pandang ke depan tapi kadang2 harapan datang dari belakang dan kita perlu menoleh.. bawa bersama kisah- kisah lalu, utk terus bertahan dlm dunia yg semakin menggila ini...




Wednesday, April 6, 2011

Aku keMbali menulis..Aku GILA utk Tidak Menjadi GILA...




maafkan AKU....

sengaja aku biarkan blog ini sepi , tanpa bicara ,kata2 nista...
sengaja aku leka, biarkan ia lengang....diam membisu.....
banyak kisah yang hendak aku kongsi, tapi nafsuku belum terbuka untuk membuka cerita...
buat2 sibuk dengan hal duniawi yang entah,
tiada kesudahan gilanya!

Agak kaku dan pelik... tiba2 aku kembali menulis..
teringin mahu meluah rasa....
ini yang aku rasa............


banyak perkara yang aku pendam, banyak cerita yang aku telan...
aku lebih rela BERDIAM dari mencanang perihal yang BOSAN pada sesiapa...
dan ini mungkin telah MEMATIKAN rasa HATI aku pada semua perkara..
maafkan aku.........maafkan aku... maafkan aku.

kita kan geng::

jangn serik, merapati aku,
jangan jijik, memimpin tanganku,
jangn pergi, tinggalkan aku......

sekalipun kau mengerti,
sekalipun kau fahami,
aku hanya ingin kau tahu,
tingginya khayal ku bersamamu...*

aku masih bertahan..
selagi Kegilaan belum menguasai aku..
selagi nafasku aku masih kencang..
selagi kudrat masih ada..
aku akan cuba hiburkan jiwa yg berduka,
tika kamu terluka , aku tetap bersama kamu...

:: kita kan geng.






Wednesday, March 2, 2011

Mt IRAU :: i miss u dear !!!

THIS IS MY STORY..
This is my 1st love ,
to be hikers... MY LOVE STORY TO THE NATURE....


Mt Irau is locally known as Gunung Irau. At 2110m, The peak has a border marker shared by 2 states - Pahang and Perak.

To go there you have to travel to Cameron Highlands and proceed to G.Brinchang by road.. Mossy forest and fairyland, cold wind and misty clouds are some of the wonders at G.Irau.


1 DAY :: 25 Feb 2011.
Our spirits were with high expectations and in the best shape, enjoyed our dinner at Gunung Brinchang were the trail starts.we build our campsite there...this campsite is indeed very cold.



let me introduce the members in this XPDC::
The guy with cap , shirt and short is me (syed Udin)..and my brother sit beside, Syed Yazid..
my nice frenz Faizal adri, and Mr tough standing behind is shahril aka "anak saper"
our lovely guide, abg sham, abg adik, abg lan, and abg arib...
u guys make this trip veryyyy happeninggg..

Day 2:: 26 Feb 2011
9a.m.. wake up.......
As we assemble our backpacks (which was already pack), we started our 1st move with bismillah...along the journey..The trail to G.Irau is facinatingly beautiful. Hikers have ample time shooting pictures. Yes, it is real cold!

Foreground showed some hikers on a steep climb. Cold and misty, the mossy forest is full of bonsai plants.


greens everywhere.......................

A filming location of the Puteri G. Ledang was shot in this mossy forest. Many trees were being cut. Environmentalists demanded the truth but authority just kept a closed eye. So, for nature lover, are you going to patronize this film? Puteri Gunung Ledang is at Gunung Ledang!!!
Why they sacrifice Mt Irau for their popularity and moneY!!!!!!!! wtf


It takes about 2 hours and some 1.55 km from G.Brinchang to reach . Another 45 minutes downhill and uphill will bring you to the top of Gunung Irau.

At 2110m a.p.l. - (above sea level) G.Irau is the peak where many hikers yearn to conquer. Some do managed to conquer themselves..


Blue Valley rightly got its name from the blue fainting backdrop of the mountains behind. Two new roads leading to Gua Musang in Kelantan and Simpang Pulai of Ipoh, Perak. Sadly, big environmental disasters were created by the development - erosions, landslides and the disappearing of rare flora and fauna.
It's a destination not to be missed. And it's a leisure that no money can buy.
No wonder many tourists came here to take ton of pictures





There are many species of nepenthes (Periuk Kera) along the way to G.Irau. This nepenthes about 6 inches. Some other species are only 3 inches while the giant one can be 12 inches.
TIPS:: we can drink the water inside nepenthes, make sure the cover is not open and enjoy ur nepenthes juice..




Mr Ajid sending report via sms to somebody...hehehe


we decided to build our next camp side at anak irau.... after eat and having our dinner , we enjoy our unforgetable moment chating waiting the night.. sing and laugh together.. After dinner we just lazed around looking out into the dark jungle and listened to the Gunung Irau Philharmonic Orchestra performing continously till morning. Our thoughts on how lucky we here, to be able to enjoyed nature as it intended to be, no tv, no handphones, no radio and not going anywhere. The creatures of the night played many tunes somtimes to a roar and sometimes to soothing sound of flute, I wondered thats how Mozart, Bach and others must have got their inspiration for their classical pieces.

GUYSSSS I REALY MISS THE MOMENTS....


it is sad to see that rubbishes are everywhere, from false summit to real summit.Good things never last. Here you can find heap of rubbish being indiscrimately thrown. Very sad indeed. Hikers are advise to leave only footprints. Take only photographs and your memories.


DAY 3::27 Feb 2011

after breakfast, pack up and left G.Irau with good memories of a good climb and relax atmosphere Trekking at a steady pace we reach the base camp at around 11.00a.m. Lunch at Brinchang town and Ronda2 around Cameron Hgland, having our aiskrim setoberi...yummy2. And yeah with body aches and pain to go.

Thanks G.Irau... KAMI DATANG LAGIII............

Terima Kasih ALLAH,pinjamkan kami kekuatan utk melihat keindahan -Mu.....ciptaan Mu... Kekuasaan Mu... Maafkan kami..ampuni kami, kami mengharap redho Mu Ya ALLAH......Ciptaan Mu sangat chantik , kami sangat kagum....



SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH,ALLAHU AKBAR....


log book:: syed syarifudin syed hamdan,

special thanks to:

Syed Mohd Yazid> saudaraku yg sempoi

shahril> Abg Tough

Ahmad Faizal> Nice Frenz

Abg Sham> Super Chef

Abg Lan > Jungle Master

Abg adik> Mr cool

Abg Arib> Jungle Road Runner
BULAN 7, NEXT TRIP TO
GUNUNG BATU PUTIH
NOw:: jom exersize, tambah stamina

Wednesday, February 23, 2011

TANDA ANDA SUDAH LAMA SINGLE




Menjadi seorang yang single memang sangat seronok.
Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun.
Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau

– Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau kau lupa nak tutup zip seluar...oppsss

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.



3. Kau banyak sangat main games

– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau

– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

so, adakah kau rasa kau masih single??? hmmmmm



*pic tidak berkaitan

Tuesday, February 8, 2011

--- 15 HARI MENCARI CINTA ---



haha .
bunyik macam xlogik, tapi haku rasa xmustahil..
ada org kata, cinta bleh dapat dengan pandangan pertama... ish3x... susah tuu... yang penting usaha.....

tadi sorang bestie haku bg arikel nie, dia suruh aku baca... haku share ngn uolz...baca pelan2, dan cuba k... kalau mujarab, bagitau aku...:: MUNGKIN AKU BLEH CUBA

HARI PERTAMA
Sebagai permulaan, apa kata anda hulurkan salam perkenalan. Jangan malu kerana semua orang sukakan individu yang berterus terang dan mudah mesra dengan orang lain.

Apa yang penting jangan keterlaluan menunjukkan rasa minat kepada dirinya. Nanti dia takut pula untuk berkawan dengan anda.

Penampilan juga perlu dijaga kerana jika penampilan anda kurang menarik, sudah pasti si dia tidak akan memberikan respon kepada salam perkenalan yang anda hulurkan.A

Anda juga boleh tinggalkan nota kepadanya. Rancangkan satu aktiviti yang menarik agar si dia teruja dengan undangan tersebut. Jangan terlalu gelojoh untuk memikatnya. Buat seperti biasa tetapi memberi makna kepadanya.

HARI KEDUA
Selepas salam perkenalan bersambut, apa kata ajak si dia menonton wayang bersama anda. Pilihlah cerita yang menjadi minatnya atau jika mahu lebih romantik, pilihlah cerita cinta yang mampu memberikan kesan kepada perhubungan yang baru sahaja terjalin.

Untuk lebih romantik, selesai menonton wayang pergilah bersiar-siar dengannya sambil berusaha untuk berkenalan dengan lebih rapat.

Tetapi untuk permulaan lebih baik jangan tanya soalan yang bersifat terlalu peribadi agar dia terus selesa untuk berdampingan dengan anda.

HARI KE TIGA
Sebagai kejutan, telefon si dia di awal pagi untuk membangunkannya daripada tidur. Si dia pasti tersentuh dengan usahamu itu dan ini memberikan petanda positif kepada hubungan yang terjalin. Jika si dia suka dengan apa yang anda lakukan, teruskannya dan jadikan perkara tersebut sebagai rutin anda yang baru.

HARI KE EMPAT
Pada waktu makan tengahari, apa kata anda kirimkan SMS kepadanya dan ucapkan selamat menjamu selera. Jika dia suka dengan apa yang kamu lakukan, dia pasti akan tersenyum sebaik sahaja dia habis membaca SMS anda itu. Tidak ketinggalan cuba anda tunjukkan sikap ambil berat atau prihatin terhadapnya.

Tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap seperti mengongkong pergerakannya. Jika anda melakukan seperti itu, si dia pasti akan menjauhkan diri daripada anda kerana tidak selesa dengan sikap keterlaluan yang kamu tunjukkan itu.

HARI KE LIMA


Jika anda ada melakukan perkara yang tidak disukainya, cuba hubunginya dan meminta maaf di atas keterlanjuran anda. Si dia pasti akan memaafkan anda jika anda ikhlas menyatakan kesilapan yang telah anda lakukan. Berjanjilah kepadanya bahawa anda tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan itu lagi.

HARI KE ENAM
Apabila anda sudah rasakan wujud keserasian di antara anda berdua, apa kata anda undang si dia ke rumah kamu. Selain untuk berkenalan dengan keluarga anda, ia juga menjadi bukti bahawa anda sememangnya serius untuk berkawan dengannya.

Sebaik-baiknya anda menyediakan minuman atau makanan yang bakal dihidangkan kepadanya. Pasti dia akan tertarik dengan seseorang yang ringan tulang dan bijak melayan tetamu. Pastikan juga keluarga anda mesra dengannya agar dia tidak rasa terasing di rumah anda.

HARI KE TUJUH
Selepas seminggu, rasanya ini saat paling sesuai untuk anda menghabiskan masa hujung minggu dengannya. Jika dia tidak bersedia untuk keluar berdua-duaan dengan anda, benarkan dia membawa rakan terdekat agar dia lebih selesa dan selamat.

Apa yang penting jangan terlalu mendesaknya kerana perkara tersebut hanya akan memberikan kesan negatif kepada hubungan yang terjalin.

Jika dia belum bersedia untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan anda dan mahu bersama rakan-rakannya, berikan dia keizinan. Tunjukkan rasa prihatin dengan menghubungi dan bertanya khabarnya dan rakan-rakannya.

HARI KE LAPAN
Jika mempunyai kelapangan, ajaknya si dia keluar membeli-belah. Dalam masa yang sama, cuba anda cungkil rahsia mengenai dirinya. Apa pakaian kegemaran atau impian masa depannya. Jika anda telah mengetahuinya, pasti mudah untuk anda memasang strategi yang seterusnya.

HARI KE SEMBILAN
Selepas lebih seminggu anda menunjukkan rasa prihatin terhadapnya, apa kata pada hari ini kamu abaikannya. Jangan sekali-kali menghubunginya termasuklah bertanya khabar akan dirinya. Jika si dia rasa dia memerlukan atau mengingati anda, dia pasti akan menghubungi anda.

Tetapi jika si dia terus mendiamkan diri, itu tidak bermakna dia melupakan anda sebaliknya mengambil sikap selamat kerana tidak mahu dituduh sebagai perigi mencari timba. Ketika ini anda perlu sentiasa berfikiran positif.

HARI KE SEPULUH
Jika si dia tetap mendiamkan diri seribu bahasa, anda cuba menghubunginya dengan mengirimkan SMS yang menyatakan rasa rindu anda kepadanya.

Jika si dia membalasnya, itu membuktikan anda masih berpeluang untuk mendekatinya. Namun jika si dia terus mendiamkan diri, lebih baik anda bersedia untuk mengundurkan diri atau mencari sasaran baru yang lebih sesuai.

HARI KE SEBELAS
Jika si dia memberikan respon, apa kata kamu menghubunginya. Kalau boleh habiskan sepanjang malam dengan berbual tentang pelbagai topik yang disukainya. Apabila sudah sampai ke tahap ini, anda perlu berani untuk berterus terang dengannya. Anda juga perlu bersedia dengan respon yang bakal diberikannya kelak.

HARI KEDUA BELAS


Cuba anda menjarakkan diri dengannya buat beberapa hari. Tetapi masih terus menghubunginya melalui SMS. Untuk lebih romantik, apa kata anda hasilkan kad sendiri sebagai kejutan kepadanya apabila anda bertemu dengannya kelak.

Hasilkan kad yang kreatif serta selitkan juga kata-kata yang melambangkan perasaan anda terhadapnya. Jika si dia benar-benar menyukai anda, dia pastinya akan teruja dan terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka itu.

Lebih baik jika kad comel itu disertakan sekali dengan sejambak bunga atau segugus coklat kegemarannya.

HARI KE TIGA BELAS
Sebelum memberikan kad tersebut, apa kata anda aturkan sebuah makan malam yang romantis untuk anda berdua. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana ini masih di peringkat awal hubungan anda berdua. Lakukannya secara ringkas tetapi mampu memberikan kesan kepadanya.

Lebih baik jika makan malam itu turut diiringi dengan muzik kegemarannya. Apabila di dia benar-benar selesa, serahkan kad kreatif ciptaan anda itu beserta bunga kepadanya. Lihat reaksinya dan jika dia menitiskan air mata kegembiraan, itu bermakna anda telah berjaya meraih cintanya. Namun anda jangan terburu-buru selagi tidak mendengar pengakuan cinta daripadanya.

HARI KE EMPAT BELAS
Ini merupakan hari yang paling penting dalam hidup anda. Anda bakal mengetahui sama ada rancangan yang anda atur selama ini berjaya atau tidak. Kawal diri anda supaya tidak kelihatan gelisah di hadapannya. Apa yang penting kamu berani dan telah bersedia mendengar apa sahaja keputusan yang akan diberikan oleh si dia.

HARI KE LIMA BELAS
Anda telah mendapat jawapannya. Jika jawapannya menggembirakan anda, raikan cinta yang baru terbit itu dengan satu acara yang tidak akan anda berdua lupakan sampai bila-bila.

Namun jika percarian cinta anda masih gagal, jangan sekali-kali berputus asa. Percayalah bunga bukan sekuntum dan kumbang pula tidak seekor. Sudah pasti akan ada insan lain di luar sana yang akan menghiasi ruang hati anda. Apa yang paling penting, jangan serik untuk cuba mencari cinta.

* UDIN KOMEN::


bila jumpa somebody yg kau suka,.bezakan antara CINTA dan NAFSU....setia - give and take - try to make him/her happy

selamat berusaha beb!!!! ( ak bleh jd DR Love) hahhahaha